Wanita...
Kejadianmu sungguh istimewa, sejak kecil kau dipelihara dan dilindungi oleh lelaki yang bernama ayah. Jika kau mempunyai abang atau adik lelaki itu lah perisai pelindung bagimu wanita. Setiap langkahmu keluar dari rumahmu kau membawa maruah dan kehormatan keluarga. Selagi kau belum di ijab kabulkan setiap perlakuanmu akan menjadi saham kepada ibu dan ayahmu.
Setiap lingkunganmu sentiasa ada lelaki yang menjagamu. Bila kau berganjak ke alam dewasa. Kau akan bernikah. Maka berlaku peralihan tanggungjawab dari seorang ayah kepada seorang SUAMI!!! Suami yang kau kenal. Yang kau tidak kenal latar belakangnya, hati budinya, sabarkah lelaki yang bernama SUAMI menjaga kau seperti mana ayah menjaga kau. SUAMI yang kau cintai itu sabarkah menerima kekurangan , kelemahan dan keburukanmu seperti mana ayah menjaga dan melayan setiap karenahmu?
Apabila SUAMImu sabar dengan setiap ragam mu maka hormatilah dia, kasihilah dia, belailah dia dan cintailah dia. Kerana lelaki seperti inilah yang akan berusaha membimbing dan menjagamu untuk menuju ke syurga Allah. TETAPI jika kau menemui LELAKI yang sebaliknya apa yang perlu kau lakukan.
1. buat dek je
2. layan seperti acuh tak acuh
3. minta cerai
4. kasi bunuh dia
5. sabar dan minta kepada ALLAH.
Solusinya banyak. Jika ikutkan nafsu urutan 1-4 nak saja kita lakukan tetapi sejauh mana kepuasan yang akan kita dapat apabila kita melayan SUAMI yang menganggap kita tak pernah wujud dalam hidupnya. Sebagai isteri rencah dalam rumah tangga itu banyak. Kutip pengalaman dari orang tua. Dapatkan resepi untuk mengekalkan kasih sayang. Walaupun SUAMI kadangkala hatinya lalai dalam memberikan kasih sayang. Fitrah manusia hati pasti berubah. Kita tidak boleh lari sekiranya sepanjang tempoh perkahwinan kita, Kita diuji dengan sikap SUAMI atau ISTERI yang sudah berubah hati pada kasih dan sayang kita.
Resepi dari guru saya, tidak kira SUAMI atau ISTERI. Bila kita mengalah bukan bermakna kita kalah tetapi kita menang dalam menawan hatinya. Hujahnya ketika kita mengalah dengan SUAMI atau ISTERI kita pada waktu itu, mungkin mereka tidak perasan dan mereka menyangka diri mereka telah menang dalam mematahkan setiap apa yang kita lakukan tetapi PERCAYALAH satu hari mereka akan menemui jawapannya bahawa ISTERI atau SUAMI aku ini telah menang dalam melayan setiap keburukan aku rupanya.
Lazimnya, itu lah sifat manusia. Mereka tidak akan nampak setiap pengorbanan yang kita lakukan tetapi mereka merasakan kita mengongkong dan menjerat kehidupan mereka. Pesan guru saya lagi setiap manusia akan berubah dalam tempoh 5-6 tahun. Sikap mereka akan berubah. Oleh sebab itu usia perkahwinan akan diuji dalam tempoh setiap 5 tahun. Pakar Psikologi Perkahwinan mengatakan bahawa dunia lelaki dan perempuan ini berbeza. Rentak mereka perlu kita faham. Bahasa yang mereka gunakan juga berbeza. Berbeza dalm sudut istilah ke? tetapi berbeza dalm sudut makna.
lelaki gaya percakapan mereka "direct to the point". mereka tidak pandai nak berkias, berpantun. Arahan mereka jelas, logik dan simple. Tetapi kita wanita bahasa kita berkias, berbunga dan banyak simpang maka apabila suami tidak jelas dengan kata-kata yang kita sampaikan mereka akan buat dek. tak akan ambil pot dengan apa yang kita nak sampaikan.
Nampak mudahkan tetapi resepi dalam rumah tangga ini adalah emosi. Perempuan akalnya pendek, nafsu dihadapan. Jika lelaki tidak bijak dalam membimbing maka nafsu yang akan menguasai pembantu nakhoda ini. Bila suasana rumah tangga menjadi muram dan kusam. maka Suami akan rasa malas untuk pulang ke rumah. Bila hubungan suami isteri jadi longgar, balik kepada puncanya ialah ALLAH swt. terciptanya cinta dan sayang ini dari DIA. DIA yang mengurniakan perasaan dalam setiap penghuni rumah tangga. Apabila suami tidak menjaga halal haram, maka sebagai isteri kita mengingatkan. Seandainya SUAMI atau ISTERI masih tetap dengan sikapnya. ALLAH jalannya.
Mungkin mudah untuk kita mengatakan tetapi seksa dan sengsaranya hanya tuan yang punya badan yang menanggungnya. Bukan setiap orang tidak pernah melalui episod tragis dalam hidup mereka malah ada yang lebih teruk dari itu di mana ditinggalkan setelah LELAKI atau PEREMPUAN terlibat dengan zina. Ada yang lelaki yang nak bertanggungjawab tetapi si perempuan yang tak nak kahwin. Ada pula si perempuan nak lelaki bertanggungjawab tetapi si lelaki tak nak kan perempuan itu. Itu semua rencah dalam kehidupan.
Lauk pauknya kita yang pilih. Sama ada yang pedas, manis, masin, tawar dan pahit. Kita yang mencorak kehidupan kita. Dalam kita mencorak kehidupan rumah tangga, kita akan di datangi dengan bekalan gas yang tidak mencukupi, bahan-bahan masakan yang tidak segar, peralatan dapur yang kian luput dan kita sendiri yang memasak bukan kerana kasih sayang. Wahai para isteri sesibuk manapun kita dalam menjadi seorang superwoman tanggungjawab memasak wajib kita laksanakan kerana air tangan isteri sangat penting untuk mengikat dan menguatkan kasih sayang antara kita dan suami. Semakin kerap kita membeli makanan segera maka semakin hampir dan tawar kasih sayang pasangan kita.
Kita faham dengan kehidupan yang penuh dengan dugaan ini, kecanggihan teknologi tidak dapat kita menyekat langkah pasangan kita untuk dia berhubung dengan dunia luar. Mungkin hari ini pasangan kita sayang teramat sayang pada kita seperti belangkas dan sure cinta hingga ke syurga. Memang tapi ingat manusia akan berubah. berubah kerana apa kita tidak tahu. Hati manusia ALLAH akan uji sejauh mana tahap sayangnya dia pada kita. Sayang kerana harta, budi, rupa, pangkat, atau agama.
Pokoknya dalam kehidupan kita ini SATU yang perlu kita pegang. Layanlah pasangan anda FIRST CLASS walaupun perangainya sejahat mana pun. Memang hati sakit, bengkek tengok muka dia, kalau boleh aku tak nak muka kau lagi, tak nak jumpa kau lagi, elak-elak pun jumpa juga sebab satu rumah. kuncinya sabar. pasangan kita lalai hanya seketika. Jangan kerana pasangan kita lalai, kita pun turut lalai dengan tugas kita. Bila pasangan kita lalai itu bermakna ALLAH dah bagi signal kepada kita bahawa ada perkara yang kurang dalam ibadah kita.
Memang mudah untuk berkata dan saya menulis coretan ini kerana saya juga melalui proses penderitaan yang sangat teruk tetapi cukuplah ALLAH yang tahu betapa teruk dan seksanya saya ini. Jika pasangan kita masih kebal dengan egonya. Pedulikan mereka dengan cara DOA. Hati dia milik ALLAH. Suatu hari pasangan kita akan menoleh kepada kita semula. Percayalah rencah kehidupan ini bukan sengaja ALLAH beri tetapi ALLAH tahu solat, puasa dan ibadah-ibadah yang kita buat tidak cukup untuk kita bayar tiket ke syurga. Oleh sebab itu ALLAH hadirkan pasangan yang bermasalah kepada kita.
#LAYANLAH PASANGAN ANDA FIRST CLASS#
*nur izzah*

No comments:
Post a Comment