Friday, 30 May 2014

Berhenti Seketika...


Mikhail duduk seketika di pondoknya bagi merehatkan tubuhnya yang penat dalam menguruskan tanamannya. Sukar tetapi dia berasa puas hati kerana ini adalah cita-citanya. Saat itu, sebatang rokok dikeluarkan dari poket seluarnya. Api dinyalakan, asap dihembus perlahan-lahan simbol serabutnya fikirannya. Asap itu dilepaskan perlahan-lahan bagi mengosongkan benak di jiwa dan fikiranya. Pertemuannya dengan pegawai pertanian itu telah menimbulkan satu gejolak perasaan yang dia tidak pernah rasakan sebelum ini.

Tersenyum sendiri, dia tidak menyangka urusan dengan pegawai pertanian itu mencetuskan satu perasaan yang Mikhail tidak dapat luahkan.





Malu mula bertandang dalam jiwa Mikhail untuk meluahkan isi hatinya. Adakah pegawai itu menerimanya? bermacam-macam soalan yang berlegar di ruang fikiran Mikhail. adakah berjaya dia memikat hati pegawai itu.
Setelah sekian lama berusaha dan mencuba, berkat Illahi usaha Mikhail berjaya memikat hati gadis pegawai pertanian itu. Segala usaha mereka lancarkan bersama, walaupun berjauhan, dengan adanya teknologi pada hari ini tidak menjarakkan hubungan mereka.
segala persiapan bakal dilaksanakan agar pernikahan mereka berjalan lancar. Cinta berhenti Seketika melabuhkan tirai halal buat Mikhail untuk menemukan insan yang...


berbuahkan ini segala kepedihan Mikhail cuba dibuang bahawa kasih sayang yang dahulu tidak perlu dihargai. Mikhail terlalu menyayangi wanita itu hingga sanggup melakukan apa saja. Demi Zahidah, Mikhail sanggup. Kisah mereka menjadi siulan rakan-rakan. Kejayaan Mikhail mendapatkan hati Zahidah sesuatu kemenangan yang terbaik.
*nur izzah*



No comments:

Post a Comment