...
Kesukaran untuk menempuhi satu perjalanan yang bermula pada 13/8/2013. Satu langkah demi langkah apabila dikhabarkan "saya putuskan ikatan ini". Perkataan demi perkataan yang dihantar melalui "sms" di baca berulang kali. Difahami berulang kali.
Setiap detik cuba di baca hingga ke hari ini. Nampak seperti orang hilang akal dan arah. Apabila hati telah tetap dan teguh dalam satu perhubungan, kemudian diracuni dengan perkataan "saya putuskan ikatan ini" ibarat satu libasan sabit yang hinggap di leher.
bila teguh, kemudia rapuh. tidak setia kepada Yang Haq.. Allah menghitung setiap patah katamu. Bukan Allah sengaja mengujimu tetapi Allah tahu kau sedang jauh dariNya. Ditarik nikmat itu dan ditemukan dia dengan nikmat baru yang mendekatkan dirinya kepada Yang Haq. Untuk apa kau melaung. Dunia adalah medan ujian. Kau menangis itu lah rencah dalam hidup. Kadangkala pahit, kadangkala tawar dan kadangkala pedas. Bila rasa itu membuatkan hati kita terasa pedas dan bosan dengan hidangan yang di sediakan maka di situ letaknya kebijaksanaan kita menegur.
Namun kita perlu akur dalam menerusi kehidupan yang kadangkala menguji kekuatan iman kita. Mudah untuk orang melafazkan SABAR kerana proses pembangunan emosi dan rohani itu bukan sesuatu yang mudah untuk dibangunkan tetapi mudah untuk diruntuhkan dalam sekelip mata.
Manusia lidahnya tidak bertulang kerana lidah manusia banyak terperangkap dengan janji-janji yang diberi. Dalam melalui alam barzakh lidah dikunci mulut tertutup rapat kerana di situ banyak dusta dan penipuan yang banyak menyakitkan hati manusia. Kerana lidah juga manusia menunggu untuk bilakah tiba masa itu?
Apapun kita tak mampu untuk meminta perhatian dari orang untuk bersimpati kepada kita. Malah mereka tak tahu bagaimana proses kita melaluinya. Mendengar, memahami dan menghayati tiga perkara berbeza. jika mereka mampu mendengar dan memahami, mereka tidak akan meletakkan diri mereka di tempat kita tetapi proses penghayatan itu merupakan satu proses yang sangat sukar dalam kehidupan.( "Tadabbur".)
bila hilang kita mencari, bila jauh kita merindu tetapi kerana batasan kita perlu menyekat. Cemburu dan fikirkan yang bukan-bukan. Itulah kekurangan wanita. Dirasuk dalam jiwa mereka mengapa diam terlalu lama. Mengapa mengatakan "saya dah terlalu jauh dari awak". Bibir kita tak dapat mengatakan bahawa ini adakah pengakhirannya?
Takut untuk bersuara lantang, takut untuk menyuarakan suara hati kerana apabila ia dilafazkan maka akan timbul pelbagai spekulasi untuk membela diri. Maka diam itu solusinya, walaupun sakit itu yang perlu kita tempuhi.
Bijak mengawal fikiran dan emosi bukan sesuatu yang mudah kerana kita perlu berperang dengan nafsu. Lelaki adalah pemimpin kepada wanita.Pejam mata, bidadari itu di hadapan. Wujud satu perasaan yang perlu digambarkan bahawa dia bidadari itu. cekal dan teguh bersama. Susah senag bersama bila di baca dan di tatap, gugur jantung dan rasa pengorbanan selama ini tidak dihargai. Kepercayaan 500% diletakkan. Pergi berjuang diiringi doa. Namun kau bukan pilihan itu.
No comments:
Post a Comment