melihat belum tentu memahami,
mendengar belum tentu empati,
kudrat empat kerat cuba dirangkul,
fikirkan masa hadapan yang kian cerah,
rezeki mencurah-curah,
memohon restu dan redha illahi,
peringatan untuk menuju yang abadi,
melihat insan di sisi jauh di sana,
ingin disatukan,
pelbagai kemudahan,
tiada yang tahu erti keperitan,
sukar dilafazkan kerana ia memeritkan,
bukan laungan,
bukan tangisan,
mungkin mudah untuk diperkatakan,
cuba kau berdiri di tempat ini,
persoalan itu berlegar,
mencari kekuatan di sisa kerapuhan,
ketawa dan senda gurau,
mengalirkan titisan jernih,
jauhhhh...
tiada siapa yang nampak,
tiada siapa yang mengerti,
kerana lukanya di dalam,
kisahnya di dalam,
perlukah untuk diceritakan apa yang dilakukan untuk mereka?
tak...tak...tak...
tiada yang tahu,
bila terjadi bukan diminta,
tapi ditinggalkan,
teruskan ketawa,
kerana nilaimu?
apa?
kau tiada nilainya,
pergi jauh...
jauh...
siapa yang peduli?
tiada siapa?
malah kau dibenci...
#nur izzah#

No comments:
Post a Comment