Nama yang penuh dengan pengertian.
Mempunyai cita-cita yang tinggi,
Insan yang melalui jerit perih yangsukar dalam hidupnya,
dugaan demi dugaan,
penderitaan demi penderitaan membuatkan imannya sedikit goyah kadangkala,
membuas dibelahan lautan,
hidupnya rapat dengan alam,
lautan tempat permainannya,
tanah tempat dia menabur budi,
Namun dia tetap manusia,
yang mendambakan seorang bidadari disisinya,
menjadi sumber inspirasi,
disaat keringat menitis ke bumi,
membasahi baju kebunnya,
azamnya tinggi,
namun dunia tidak lepas dari pendustaan,
langkahnya kian rapuh,
telah gugur satu ikatan,
penantian itu memang satu penyeksaan,
tetapi bidadari itu sentiasa di sisinya,
bidadari itu menyaksikan kesusahanya,
hingga terpacul nilai cinta antara mereka,
mungkin ada yang terkorban,
untuk satu hubungan yang suci,
pengorbanan itu tidak sebesar mana,
hanya menitiskan air mata,
dan berbekalkan pukulan dan pijakan,
itu mungkin perkara biasa,
kerana rencah kehidupan ada pahit, pedas, tawar, masin,
keringat itu terbayar,
kerana bidadari itu
cekal bersamanya,
sabar bersamanya,
episod ini banyak menitiskan air mata,
tetapi ia hanya belakang tabir,
satu pengorbanan yang tidak ternilai,
kerana dia telah melalui proses keperitan,
hidupnya susah,
kini penyerinya telah tiba,
berbalutkan senyuman indah,
senda gurau dan tawa mesra,
yang muda bersama muda,
mana mungkin bersama si tua,
orang tua perlu menjadi penasihat,
akur dengan satu perjalanan,
keperitan itu kini menjadi suasana ceria ,
melangkau ke sudut dimensi,
percintaan.
yang diakhiri dengan "aku terima nikah"
kisah hidupnya menjadi indah dengan bidadari itu.
#dedekasi buat Muhammad Azwan Ahmad Kamil#
Nur Izzah
No comments:
Post a Comment