Jeritan Sofia tidak dihindarkan oleh ayahnya. Semakin kuat jeritan Sofia semakin kuat hentaman pukulan yang singgah di badan Sofia. Ayah Sofia bagai dirasuk saat dia memukul Sofia. Ibu Sofia seakan kaku dengan tindakan suaminya yang naik hantu apabila mula memagang tali pinggang itu. tidak cukup dengan tali pinggang, badan Sofia dipijak oleh ayahnya. Ibu Sofia cuba meleraikan tindakan suaminya itu takut-takut Sofia mati ditangan suaminya.
Tubuh Sofia seakan lembik dan tidak bermaya apabila dipukul oleh ayahnya. Ibu Sofia cuba mengangkat anak perempuan bongsunya itu tetapi kudrat seorang perempuan tidak mampu memapah tubuh Sofia yang agak berisi. Ibu Sofia memanggil anak sulungnya Khairul untuk membantu memapah Sofia ke biliknya. Walaupun ibu Sofia marah dan kecewa dengan sikap Sofia tetapi hati seorang ibu tidak mam melihat anaknya rapuh dan lembik dalam tindakan ganas suaminya. Mengalir air mata ibu Sofia. Dia tidak menyangka anak yang dia kandung 9 bulan 10 hari telah memalukan dirinya. Belajar tinggi hingga ke universiti tetapi akalnya secetek budak sekolah rendah. Gagal memilih mana yang baik dan buruk. Ibu Sofia cuba merawat belakang Sofia yang penuh dengan libasan tali pinggang dan kesan lebam dipijak oleh ayah Sofia. Jelas wajah hampa dan kecewa pada air muka ayah Sofia dan ibunya. Sofia ditatang minyak yang penuh. Anak kebanggaan keluarga, seorang yang bijak tetapi Sofia hanyut dengan dunia cinta ketika di kampus.
"Sofia dah terlanjur ibu.." Sofia seakan takut-takut untuk menjelaskan kepada ibu dan ayahnya. Hilang arah dan pedoman dalam diri ayahnya apabila Sofia membuka mulut bahawa dia telah terlanjur dengan teman lelakinya.
"Kenapa kau bodoh sangat, lelaki tu dah sedap-sedap dapat badan kau. Ada dia nak bertanggungjawab? Hei pikir pakai otak. Jangan fikir nafsu. Sekarang lelaki tu dah tinggalkan kau. Apa yang kau dapat? Air mata? Kau menangis air mata darah sekalipun kesucian kau tak boleh dipulihkan balik.. Kenapa bodoh sangat kau ini.. Anak kurang ajar.. Kau memang nak kena dengan aku.."
Bergenang air mata Sofia bila teringatkan kata-kata ayahnya. Mulutnya tetap terkunci siapakah lelaki yang telah menodainya kerana Sofia masih sayangkan lelaki itu. Tindakan membuta tuli Sofia ini membuatkan dirinya dihimpit dengan tekanan hidup yang kuat. Sofia cuba menghubungi lelaki itu tetpai tidak angkat. Sofia menghantar mesej berulang kali tetap tidak dibalas. Tekanan seperti ini yang membuatkan hidup Sofia bertambah tertekan. Sofia akan gila dengan apa yang menimpa hidupnya.Keluarga sering memberi tempelak yang membuatkan Sofia seakan mahu bunuh diri tetapi abang Sofia iaitu Khairul yang banyak memberi semangat dan kekuatan kepada Sofia untuk terus bangun.
Ayah dan ibu Sofia sudah tawar hati dalam memberikan perhatian kepada Sofia. Minyak yang ditatang selama ini telah menyiram mereka dengan minyak panas. Luka dan sakitnya hati ayah dan ibu Sofia tidak terkira. Mereka seakan jijik dengan anak bongsunya itu. Tindakan abang Sofia yang bijak telah memberi sedikit kekuatan yang kian rapuh dalam diri Sofia. Untungnya Sofia, abangnya sangat menyayangi adik bongsunya ini kerana Sofia banyak "back up" abangnya apabila dimarahi oleh ayahnya. Hubungan mereka sangat rapat. Walaupun abangnya turut kecewa dengan sikap Sofia tetapi nasi telah menjadi bubur. Khairul cuba membantu adiknya sebaik yang mungkin.
Namun, kerapuhan Sofia yang banyak menguasai dirinya hingga hilang imannya. Sofia tidak terurus tidak kisah akan penampilannya lagi dan solatnya kian terabai. Kekusutan itulah yang menjadi punca kepada Sofia mengambil jalan pendek dengan membunuh diri. Tindakannya itu membuatkan ayah dan ibu hampa dan yang paling kesal adalah abang Sofia. Pemergian Sofia dalam keadaan yang teruk dan hina ini mengundang murka ALLAH. Siapa yang perlu dipersalahkan? Khairul menjerit sekuat hatinya apabila melihat tubuh adik kesayangannya terkujur kaku di lantai bilik tidurnya. Ibu dan ayah Sofia tidak mampu berbicara. Kesilapan demi kesilapan itu menyebabkan mereka hilang anak bongsunya.
![]() |
| wanita itu pendek akalnya |

No comments:
Post a Comment