Thursday, 29 May 2014

Kasih yang tersimpan...

Aizuddin terjebak dengan dunia dakwah sejak dia mula menuntut di matrikulasi. Semenjak itu Aizuddin mula mengenali perkataan "usrah" "tarbiyah". Pelajar aliran sains dari sekolah teknik yang hanya menekan kepada aspek kemahiran. Namun hidup di asrama tidak pernah lekang solat jemaah. Itu yang menjadi kewajipan kepada pelajar Sekolah Teknik Jaafar.

Manusia teknikal. Gelaran kepada budak-budak sekolah teknik. Aizuddin tidak pernah bangga dengan gelaran itu walaupun dia merupakan pelajar yang cemerlang SPM di sekolahnya. Namun baginya kecemerlangan itu tiada gunanya jika kosong rohani seseorang. Puas Aizuddin menangisi dengan sikapnya yang jahil. bukan dia tidak memahami dan tidak tahu tetapi kerana kurangnya penghayatan dalam dirinya yang hanya bergelar seorang muslim di atas kad pengenalan.

Pengenalan dengan dunia dakwah mengejutkannya dari khayalan bahawa hidup ini mempunyai tujuan. Bukan sekadar belajar, kahwin dan beranak-pinak. hidup ini mempunyai satu tujuan yang besar iaitu akhirat. melihat rakan-rakan sekuliahnya yang memanggil enta,enti, ana, antum membuatkan dirinya rasa janggal. Siapalah aku untuk bergaul mesra dengan mereka. Kekurangan diri aku ini membuatkan aku rasa jauh dan kerdil. Ilmu yang secetek ini tidak mampu untuk bersahabt dengan mereka tetapi kerana ilmu, Aizuddin teguh mendekati sahabat-sahabat sekuliah.

bermula episod satu dalam hidup Aizuddin.. Kita ikuti sambungannya dalam siri yang kedua.. 

No comments:

Post a Comment