Penjelajahan di Royal Belum ini memberi ilham yang banyak untuk dcurahkan di atas papan skrin ini. Sebelum sampai ke Royal Belum Temenggor ini, saya mempelajari banyak benda dalam sepanjang perjalanan. Ujian yang kita hadapi sebenarnya mematangkan kita untuk melihat dan menghargai manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita. Dari mereka kita belajar erti kasih sayang, sabar, setia, tabah dan positif. Memang sukar untuk menjadi seorang yang optimis dalam hati kita di uji dengan gundah gelana tetapi itulah yang perlu kita lalui.
Bila kita tidak diperlukan dalam kehidupan seseorang, maka kita perlu bersedia untuk menerima bahawa kita bukan pilihan mereka. Bunyi alam yang saling bersahutan ini menunjukkan bahawa kita saling lengkap melengkapi.
Kita belajar dari kesilapan, kita belajar dari pengalaman. Guru yang terbaik dalam hidup kita adalah pengalaman. Sentiasa memberi. Memberi dengan kasih sayang. Jika mereka tidak nampak kasih sayang kita. Tak mengapa kerana sifat manusia itu subjektif. Manusia itu pelbagai. Kadangkala ok dan kadangkala lalai. Senyum di saat ujian melanda bukan sesuatu yang mudah tetapi itulah yang perlu kita hadapi untuk kelihatan kuat di hadapan manusia.
*nur izzah*
No comments:
Post a Comment